03 November 2009

Ada apa dengan mereka?

Salam kepada semua yang sedang mengikuti blog ini.Terima kasih kerana sudi berhenti sebentar menjenguk blog yang masih baru ini.Ada apa yang dengan mereka? Merujuk kepada pemandu-pemandu "PRO" diluar sana...tak kiralah mereka ni pemandu lori,bas,van, kereta atau motosikal sekalipun.Bukan niat dihati nak mengumpat atau mengata...cuma memberi pesanan sebagai insan biasa yang tidak pernah lepas melakukan kesilapan...sekadar renungan kepada diri sendiri khususnya..apalah salahnya lampu signal yang telah disediakan khas untuk memberi isyarat digunakan dengan sebaiknya...Bukan sekadar hiasan yang ada pada kenderaan tersebut..Jika tidak,apa fungsi lampu signal diwujudkan....Malang memang tidak berbau,namun langkah-langkah berjaga-jaga harus diambil atas rasa tanggungjawab..Mengapa keegoan yang ada dalam diri tidak dapat dilembutkan jika masih sayang pada keluarga masing-masing..Fikir-fikirkanlah..

28 Oktober 2009

Siang dan malam


Hidup hanya untuk sementara....

Erm...Bersama lagi..

Hari ni hari kedua aku lepak kat makmal komputer sekolah(lepak wat keje tau).Tapi kali ini ditemani "Berryberia","Cherryceria dan "Si Bunga Melur".Siapa?Cuba teka...hehehe..Kami semua ada kerja masing-masing.Dengan SKT,Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Perkhemahan Unit Beruniform.Semuanya datang serentak.Kekadang 'confuse' gak,yang mana satu yang nak buat dulu.Nak kena tengok balik tentatif ni,takut-takut tersalah buat tugas orang lain.Tanggungjawab dah diberi,amanah kita untuk laksanakannya.Semoga kita semua dapat menjalankan amanah yang diberi,Insyaallah...selagi kudrat masih ada.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.Buat kerja sikit-sikit,yang penting hati tak sakit.Diharapkan semuanya dapat berjalan dengan lancar.....go....gadget....go...jumpa lagi yer

27 Oktober 2009

Berakhirnya kisah duka...bermula kehidupan baru..

Tanggal 2 Mac 2006..Tidak dapat digambarkan betapa sedih perasaanku apabila menerima panggilan dari mak di kampung."Itah,abah dah tak ada.."kata mak.Aku bertanya,"Abah pi mana?"balasku.Bukan maksudku mempermainkannya, cuma ingin pasti.Terkejut, kaget dan hiba.Semuanya bercampur-baur dalam kotak fikiranku.Aku menangis, mengenangkan baru semalam aku berbual-bual dengannya melalui telefon. Memang tidak kuduga abah pergi secepat ini.Ketika aku pulang ke kampung sebelum ini, ku lihat abah sihat seperti biasa.Cuma kakinya sakit sedikit dek kerana tergelincir semasa turun tangga tak lama sebelum ni.Abah memang seorang yang penyabar,penyayang dan tabah orangnya.Pernah ku dengar mengenai penyakit darah tingginya,tapi bila disuruh ke hospital untuk buat pemeriksaan, dia enggan."Alah,tak payahlah."Ayat itu yang sering kudengar keluar dari mulutnya.Ajal dan maut ditangan Tuhan.Kita hanya mampu merancang,Tuhan Yang Esa yang menentukan.Kalau nak diikutkan,hujung tahun 2006 arwah akan berpencen.Nak jaga cucu katanya.Bila kukenang detik itu, memang mengalir airmataku.Hanya iringan doa yang mampu ku kirim buatmu....Abah.Yang pergi tetap pergi,hidup mesti diteruskan.Al-Fatihah..Semoga arwah dicucuri rahmat hendakNya.

Tanggal 2 Mac 2007..Bermulanya episod baru aku bergelar seorang ibu.Bayi perempuan comel yang ku gendong selama lebih kurang 9 bulan selamat dilahirkan di Hospital Kajang,Selangor.Teringat aku pada arwah abah.Pada tarikh yang sama arwah dijemput Illahi.Pada hari yang sama juga cuma tahun yang berlainan,aku dikurniakan anugerah dari Illahi.Kata orang,anak itu anugerah dari Tuhan.Aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah.Bayi itu diberi nama Nur Huda Zakirah yang kini hampir berumur 4 tahun.

08 Oktober 2009

Secebis kenangan bersama cherryceria dan berryberia...

Alkisahnya ada ler kawan-kawan baik saya yang dari tadi cari nama blog...sampaikan nama tempoyak pun jadi pilihan.....sorang lagi ntah bila nak siap pun belum tau lagi...apapun,marilah kita bersama-sama membina blog sendiri untuk kegunaan pada masa hadapan...orang kata kalau tak nak cuba sampai bila nak tahu....selamat mencuba semua...wassalam

Siapakah orang yang.....

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membaca,memahami tetapi dia tidak menyampaikannya pada org lain.

KISAH PEMUDA BER IBU-BAPAKAN ??????????

KISAH PEMUDA BER IBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Nauzubillah…

Apakah perbezaan antara komputer laptop dan komputer notebook?

Komputer 'Laptop .....

Merupakan komputer jenis mudah alih (portable).
Beratnya antara 3.5 hingga 9 kg.
Bahagian atas komputer boleh dibuka seperti kerang untuk menampakkan skrin.
Skrin menggunakan paparan rata dan nipis (flat display screen) yang dibuat daripada hablur cecair (Liquid Crystal Display-LCD).


Komputer 'Notebook'.....

Merupakan komputer mudah alih (potable) yang lebih kecil berbanding laptop.
Lebih ringan iaitu antara 1.5 hingga 3.5 kg.
Saiznya adalah sama besar dengan saiz buku catatan (notebook) yang tebal.

Sumber dari KUMSB





07 Oktober 2009

yezza

Assalamualaikum buat semua..alhamdulillah hari ini saya telah berjaya membina blog sendiri.Diharapkan mendapat izin dari Yang Maha Esa untuk terus rajin mengarang blog tercinta ini..heheheh..:p.beria..........