28 Julai 2010

Manusia memang tak lari dari kesibukan dunia...

Salam semua...salam 1 Malaysia....bertemu kembali kita dalam blog....ewah2,cam DJ radio pulak....manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba yang taat dan patuh kepada perintahNya.Namun, ramai manusia sering lupa yang mereka dijadikan oleh Allah.Mengejar harta dunia tanpa mengira halal dan haram.Menindas orang yang lemah,si kaya bertambah harta....si miskin papa kedana....adakah ini tanda2 awalnya kiamat...subhanallah,hanya Dia yang mengetahui bila saat2 itu akan tiba.....namun,berapa ramai yang masih leka diulit mimpi...dibuai angan-angan...mengejar cita-cita dunia..nauzubillah.."Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau jauhkan aku dari sifat tamak dan dengki....Amin".

03 November 2009

Ada apa dengan mereka?

Salam kepada semua yang sedang mengikuti blog ini.Terima kasih kerana sudi berhenti sebentar menjenguk blog yang masih baru ini.Ada apa yang dengan mereka? Merujuk kepada pemandu-pemandu "PRO" diluar sana...tak kiralah mereka ni pemandu lori,bas,van, kereta atau motosikal sekalipun.Bukan niat dihati nak mengumpat atau mengata...cuma memberi pesanan sebagai insan biasa yang tidak pernah lepas melakukan kesilapan...sekadar renungan kepada diri sendiri khususnya..apalah salahnya lampu signal yang telah disediakan khas untuk memberi isyarat digunakan dengan sebaiknya...Bukan sekadar hiasan yang ada pada kenderaan tersebut..Jika tidak,apa fungsi lampu signal diwujudkan....Malang memang tidak berbau,namun langkah-langkah berjaga-jaga harus diambil atas rasa tanggungjawab..Mengapa keegoan yang ada dalam diri tidak dapat dilembutkan jika masih sayang pada keluarga masing-masing..Fikir-fikirkanlah..

28 Oktober 2009

Siang dan malam


Hidup hanya untuk sementara....

Erm...Bersama lagi..

Hari ni hari kedua aku lepak kat makmal komputer sekolah(lepak wat keje tau).Tapi kali ini ditemani "Berryberia","Cherryceria dan "Si Bunga Melur".Siapa?Cuba teka...hehehe..Kami semua ada kerja masing-masing.Dengan SKT,Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Perkhemahan Unit Beruniform.Semuanya datang serentak.Kekadang 'confuse' gak,yang mana satu yang nak buat dulu.Nak kena tengok balik tentatif ni,takut-takut tersalah buat tugas orang lain.Tanggungjawab dah diberi,amanah kita untuk laksanakannya.Semoga kita semua dapat menjalankan amanah yang diberi,Insyaallah...selagi kudrat masih ada.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.Buat kerja sikit-sikit,yang penting hati tak sakit.Diharapkan semuanya dapat berjalan dengan lancar.....go....gadget....go...jumpa lagi yer

27 Oktober 2009

Berakhirnya kisah duka...bermula kehidupan baru..

Tanggal 2 Mac 2006..Tidak dapat digambarkan betapa sedih perasaanku apabila menerima panggilan dari mak di kampung."Itah,abah dah tak ada.."kata mak.Aku bertanya,"Abah pi mana?"balasku.Bukan maksudku mempermainkannya, cuma ingin pasti.Terkejut, kaget dan hiba.Semuanya bercampur-baur dalam kotak fikiranku.Aku menangis, mengenangkan baru semalam aku berbual-bual dengannya melalui telefon. Memang tidak kuduga abah pergi secepat ini.Ketika aku pulang ke kampung sebelum ini, ku lihat abah sihat seperti biasa.Cuma kakinya sakit sedikit dek kerana tergelincir semasa turun tangga tak lama sebelum ni.Abah memang seorang yang penyabar,penyayang dan tabah orangnya.Pernah ku dengar mengenai penyakit darah tingginya,tapi bila disuruh ke hospital untuk buat pemeriksaan, dia enggan."Alah,tak payahlah."Ayat itu yang sering kudengar keluar dari mulutnya.Ajal dan maut ditangan Tuhan.Kita hanya mampu merancang,Tuhan Yang Esa yang menentukan.Kalau nak diikutkan,hujung tahun 2006 arwah akan berpencen.Nak jaga cucu katanya.Bila kukenang detik itu, memang mengalir airmataku.Hanya iringan doa yang mampu ku kirim buatmu....Abah.Yang pergi tetap pergi,hidup mesti diteruskan.Al-Fatihah..Semoga arwah dicucuri rahmat hendakNya.

Tanggal 2 Mac 2007..Bermulanya episod baru aku bergelar seorang ibu.Bayi perempuan comel yang ku gendong selama lebih kurang 9 bulan selamat dilahirkan di Hospital Kajang,Selangor.Teringat aku pada arwah abah.Pada tarikh yang sama arwah dijemput Illahi.Pada hari yang sama juga cuma tahun yang berlainan,aku dikurniakan anugerah dari Illahi.Kata orang,anak itu anugerah dari Tuhan.Aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah.Bayi itu diberi nama Nur Huda Zakirah yang kini hampir berumur 4 tahun.

08 Oktober 2009

Secebis kenangan bersama cherryceria dan berryberia...

Alkisahnya ada ler kawan-kawan baik saya yang dari tadi cari nama blog...sampaikan nama tempoyak pun jadi pilihan.....sorang lagi ntah bila nak siap pun belum tau lagi...apapun,marilah kita bersama-sama membina blog sendiri untuk kegunaan pada masa hadapan...orang kata kalau tak nak cuba sampai bila nak tahu....selamat mencuba semua...wassalam

Siapakah orang yang.....

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membaca,memahami tetapi dia tidak menyampaikannya pada org lain.