03 November 2009

Ada apa dengan mereka?

Salam kepada semua yang sedang mengikuti blog ini.Terima kasih kerana sudi berhenti sebentar menjenguk blog yang masih baru ini.Ada apa yang dengan mereka? Merujuk kepada pemandu-pemandu "PRO" diluar sana...tak kiralah mereka ni pemandu lori,bas,van, kereta atau motosikal sekalipun.Bukan niat dihati nak mengumpat atau mengata...cuma memberi pesanan sebagai insan biasa yang tidak pernah lepas melakukan kesilapan...sekadar renungan kepada diri sendiri khususnya..apalah salahnya lampu signal yang telah disediakan khas untuk memberi isyarat digunakan dengan sebaiknya...Bukan sekadar hiasan yang ada pada kenderaan tersebut..Jika tidak,apa fungsi lampu signal diwujudkan....Malang memang tidak berbau,namun langkah-langkah berjaga-jaga harus diambil atas rasa tanggungjawab..Mengapa keegoan yang ada dalam diri tidak dapat dilembutkan jika masih sayang pada keluarga masing-masing..Fikir-fikirkanlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan