27 Oktober 2009

Berakhirnya kisah duka...bermula kehidupan baru..

Tanggal 2 Mac 2006..Tidak dapat digambarkan betapa sedih perasaanku apabila menerima panggilan dari mak di kampung."Itah,abah dah tak ada.."kata mak.Aku bertanya,"Abah pi mana?"balasku.Bukan maksudku mempermainkannya, cuma ingin pasti.Terkejut, kaget dan hiba.Semuanya bercampur-baur dalam kotak fikiranku.Aku menangis, mengenangkan baru semalam aku berbual-bual dengannya melalui telefon. Memang tidak kuduga abah pergi secepat ini.Ketika aku pulang ke kampung sebelum ini, ku lihat abah sihat seperti biasa.Cuma kakinya sakit sedikit dek kerana tergelincir semasa turun tangga tak lama sebelum ni.Abah memang seorang yang penyabar,penyayang dan tabah orangnya.Pernah ku dengar mengenai penyakit darah tingginya,tapi bila disuruh ke hospital untuk buat pemeriksaan, dia enggan."Alah,tak payahlah."Ayat itu yang sering kudengar keluar dari mulutnya.Ajal dan maut ditangan Tuhan.Kita hanya mampu merancang,Tuhan Yang Esa yang menentukan.Kalau nak diikutkan,hujung tahun 2006 arwah akan berpencen.Nak jaga cucu katanya.Bila kukenang detik itu, memang mengalir airmataku.Hanya iringan doa yang mampu ku kirim buatmu....Abah.Yang pergi tetap pergi,hidup mesti diteruskan.Al-Fatihah..Semoga arwah dicucuri rahmat hendakNya.

Tanggal 2 Mac 2007..Bermulanya episod baru aku bergelar seorang ibu.Bayi perempuan comel yang ku gendong selama lebih kurang 9 bulan selamat dilahirkan di Hospital Kajang,Selangor.Teringat aku pada arwah abah.Pada tarikh yang sama arwah dijemput Illahi.Pada hari yang sama juga cuma tahun yang berlainan,aku dikurniakan anugerah dari Illahi.Kata orang,anak itu anugerah dari Tuhan.Aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah.Bayi itu diberi nama Nur Huda Zakirah yang kini hampir berumur 4 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan